X90

HARGA KERETA PROTON X90

Berikut kami senaraikan Harga X90 Baru 2023 beserta spesifikasi penuh kereta ini.

Sehingga kini, Proton X90 2023 merupakan antara model kereta  yang paling dicari oleh golongan belia di Malaysia. 

Kini, semua orang boleh beli kereta proton X90 idaman rakyat Malaysia secara atas talian.

Hubungi kami sekarang untuk sebarang pertanyaan mengenai urusan tempahan kereta Proton X90 baru anda.

SENARAI HARGA & WARNA

HARGA X90

Terdapat 4 varian Proton X90 baru untuk anda miliki tahun 2023 iaitu X90 Standard 1.5 Tgdi, X90 Executive 1.5 Tgdi, X90 Premium 1.5 Tgdi dan X90 Flagship 1.5 Tgdi. 

Harga X90 bermula dari anggaran RM127,152.34 sehingga RM156,871.66. Manakala ansuran bulanan pula dari serendah RM1,298 sehingga RM1,601.

Berikut adalah harga proton X90 terkini termasuk insuran dan roadtax untuk semenanjung Malaysia. Kiraan ansuran bulanan X90 di bawah adalah berdasarkan Interest Rate 2.5%.

CIRI-CIRI KESELAMATAN PROTON X90 2023

Untuk keselamatan, secara keseluruhan X90 menerima 14 fungsi dalam sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS), di mana tiga daripadanya adalah baharu dan tidak pernah dipadankan pada X50 dan X70. Fungsi berkenaan adalah Amaran Pelanggaran Belakang, Amaran Lintasan Trafik belakang dan juga Informasi Tanda Trafik yang boleh membaca tanda-tanda trafik di jalan raya.

Secara keseluruhan, pakej ADAS yang dibekalkan pada X90 ini cukup untuk pengiktirafan sistem pemanduan autonomi Tahap 2 Tambahan. bantuan Auto Parkkamera 360 darjah dengan imej 3D serta sistem pemantau tekanan angin tayar (TPMS).

DIMENSI

Saiz untuk Proton X90 ini masih belum diumumkan secara rasmi, namun ia sudah tentu hampir sama dengan Houyue dan Okavango. SUV tersebut dihasilkan dengan dimensi panjang 4,835 mm dan lebar 1,900 mm serta jarak roda sejauh 2,815 mm.

INTERIOR

Seperti yang didedahkan semalam, X90 menerima bahagian dalaman termasuk papan pemuka yang seiras dengan Haoyue dan Geely Okavango tetapi dalam versi pemandu sebelah kanan. Menurut Proton, X90 menerima bahagian kabin yang direka praktikal untuk digunakan serta kemasan-kemasan yang diperbuat dari material lembut dan anjal.

Oleh itu ia diberikan skrin infotaimen berdiri sendiri yang sangat besar bersaiz 12.3-inci pada bahagian tengah, manakala pemandu pula menerima paparan instrumen digital sepenuhnya dengan skrin 10-inci.

Bagi skrin sistem infotainmen, ia menampilkan pemproses EO2, ram 6 GB dengan memori dalaman 64 GB serta resolusi paparan 1920 x720 piksel. Namun ia masih tidak menampilkan hubungan Apple CarPlay dan Android Auto, tetapi ia mungkin akan menggunakan sistem hubungan yang dihasilkan oleh Aco Tech seperti X50 dan X70.

Konsol terowong juga dilihat sama seperti Haoyue/Okavango, hadir dengan tombol gear segi empat, butang pilihan mod pemanduan (Eco, Comfort dan Sport), brek parkir elektronik bersama fungsi auto hold, serta butang-butang untuk sistem bantuan turun bukit dan penderia parkir hadapan.

Proton menawarkan empat varian untuk X90 ini iaitu X90 Standard 1.5 TGDi BSG, X90 Executive 1.5 TGDi BSGX90 Premium 1.5 TGDi BSG and X90 Flagship 1.5 TGDi BSG. Bagi tiga varian paling bawah, X90 tampil dengan konfigurasi tujuh-tempat duduk, manakala varian BSG Flagship pula menampilkan konfigurasi enam-tempat duduk.

Dengan susunan hanya enam-tempat duduk untuk varian Flagship, ia memberikan penampilan yang lebih mewah dan ruang lebih lega bagi penumpang pada baris kedua dengan dibekalkan sepasang tempat duduk kapten bersama perehat kepala pilot. Setakat ini hanya Proton X90 yang tampil dengan konfigurasi enam-tempat duduk ini, manakala Okavango dan Haoyue hanya diberikan versi tujuh-tempat duduk.

Kapasiti ruang kargo belakang belum lagi dinyatakan dengan terperinci, namun Proton ada menyebut ia menawarkan ruang sehingga 2,050 liter.

Untuk tempat duduk hadapan kedua-duanya menampilkan liang udara bersama fungsi larasan berkuasa dengan enam hala untuk bahagian pemandu dan empat-hala untuk penumpang. X90 juga hadir dengan tujuh port mengecas terdiri dari port USB Type A, Type C dan pengecas tanpa wayar, serta semua baris tempat duduk menerima port pengecas masing-masing.

Bagi sistem pendingin hawa pula, SUV ini dibekalkan dengan sistem dua zon, bersama sistem berasingan bagi kabin belakang. Kesemua baris tempat duduk juga menerima liang penghembus masing-masing, dan keseluruhan sistem menerima fungsi G-Clean, ionizer dan juga penuras kabin N95.

FUNGSI BSG PADA X90

BSG ini berfungsi bukan sahaja untuk menggantikan motor penghidup enjin, malah ia juga mampu mengecas semula bateri lithium-ion sistem hibrid 48-volt tersebut secara pemulihan tenaga brek, dan kemudian turut dapat memberikan bantuan kuasa dan tork segera tambahan kepada enjin pembakaran dalaman konvensional.

Sistem hibrid ringkas 48V ini bukan sesuatu yang baharu kerana ia turut boleh ditemui pada model-model keluaran Mercedes-Benz. Proton menyatakan bahawa dengan sistem MHEV 48V ini ia bukan sahaja membekalkan kuasa elektifikasi tambahan, malah memberikan pemanduan lebih lancar serta penggunaan bahan api 15% lebih baik.

Proton akan memberikan waranti selama lima-tahun untuk bateri 48V berkenaan, dan harga gantiannya sekiranya perlu ditukar apabila habis waranti akan diumumkan kemudian.

Perincian lain yang turut ditawarkan termasuk upholsteri kulit Nappa, lampu suasana dalam kabin, fungsi kunci automatik sekiranya pemandu berada pada kawasan berhampiran atau beredar dari kenderaan, serta fungsi pintu tailgate pintar.

WARNA X90

Enam warna badan ditawarkan untuk X90 ini di mana lima daripadanya iaitu Snow WhiteArmour SilverJet GreyCinnamon Brown dan Ruby Red adalah sama dengan model-model Proton yang lain, manakala warna Marine Blue adalah pilihan baharu dan ia hanya untuk varian X90 Premium dan X90 Flagship.

 

5/5 - (8 votes)
Sharing is Caring...