Proton X70, X50 dan Exora Catat Jualan Tertinggi 2022, Serta Jualan Saga dan Pesona Meningkat

Selain mengumumkan jumlah jualan untuk tahun 2022, Proton juga mendedahkan bahawa tiga model mereka berjaya menjadi pendahulu dalam segmen masing-masing pada tahun lepas, dan lima daripada enam model di dalam barisan produk mereka turut menunjukkan peningkatan berbanding tahun 2021.

Pada bulan Disember 2022, X50 terus menjadi SUV paling laris Malaysia, dengan 3,764 berjaya diserahkan kepada pelanggan, sekaligus menyumbang kepada rekod jualan tahunan 40,681 unit. Jumlah ini bersamaan dengan peningkatan 41.4% berbanding tahun sebelumnya, dan juga membawa X50 sebagai SUV segmen B paling laris. Lihat senarai harga kereta proton ipoh

Sementara itu, X70 pula terus kekal sebagai SUV segmen C paling laris bagi tahun keempat berturut-turut, dengan jumlah jualan keseluruhan 18,533 unit – 1,787 daripadanya dijual pada bulan lepas. Menurut Proton, jualan X70 meningkat 13.1% berbanding tahun 2021.

Model Proton ketiga yang menjadi pendahulu dalam segmennya adalah Exora, iaitu untuk MPV segmen C. Dengan jualan 4,275 unit untuk tahun 2022, MPV yang menerima peningkatan Ogos lalu ini menyaksikan peningkatan jualan sebanyak 5.9% berbanding tahun sebelumnya.

Model lain yang menyaksikan peningkatan jumlah jualan berbanding tahun sebelumnya adalah Saga, yang menaik 31.1% menjadi 55,878 unit (5,913 unit diserahkan pada bulan Disember 2022). Proton memberitahu, jumlah ini meletakkan Saga di tempat kedua dalam pasaran sedan segmen A, meskipun ia adalah model yang paling terjejas (penghantaran) akibat banjir hujung tahun 2021 – hanya 76 unit diserahkan pada Januari 2022.

Nak Beli Kereta Perodua Boleh Hubungi Saya. Shahril, hanya di Proton Ipoh

5/5 - (1 vote)
Sharing is Caring...

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *