



Harga X90 2023
Proton X90 Mild Hybrid 48 Volt. Electrik Motor Synergy (EMS) pada Proton X90.
Kebanyakan enjin Proton memang terbaik dari segi Performance. jadi jika enjin Power manakan tidak jimat minyak! betul ke? jom baca sedikit berkenaan kereta X90 ini
Proton management memperkenalkan teknologi Mild Hybrid 48 Volt. Dalam bahasa melayu Sistem Hibrid Ringan 48 Volt. Sebab apa 48 Volt, kerana mempunyai bateri ion lithium yang support hibrid ini menggunakan 48 volt, bukan 12 volt. Kerana operasi memerlukan (hardware) yang dipasang
1. Belt Stator generator – atau BSG, ada carmaker lain panggil ISG (integrated stator generator). BSG ni gantikan motor stater dan alternator. BSG ni jugak ditambat dengan enjin pakai belt. BSG ini juga boleh mengecaj bateri 48 volt, menerima kuasa dari bateri 48 volt untuk assiste enjin.
2. DC-DC Converter – Sistem elektrikal X90 ni unik, sistem hybrid running 48 Volt, sistem elektrikal running 12 volt. Transformer atau inverter yang menurunkan nilai 48 volt tadi untuk memasuk caj bateri 12 volt. bateri 12 volt tetap ada dan fungsinya untuk mengaktifkan semua sistem elektrikal. Jika tiada Inverter ni, maka sistem 12 volt akan hangus.
3. Bateri hibrid – Ditempatkan diruang ruang kargo, 48 volt ion lithium. Sama penting dengan BSG kerana fungsinya menyimpan caj elektrik.
4. BMS / Battery Management System – Berfungsi mengawal cas bateri supaya tidak berlebihan dan berkurangan caj.
5. Recuperation Braking System – atau kita sebut brek regenratif. Brek ini, jika dibiarkan akan jadi haba pada brake disc. jadi sistem ini ditukarkan kepada tenaga kinetik menjadi tenaga elektrik dan dipindahkan kepada bateri 48 Volt.
6. Sistem Kawalan Modul Hybrid – Berfungsi Sebagai Otak, segala aktiviti caj dan relase power dikawal oleh sistem ini. jadi bagaiman mana sistem hibrid ringan 48 volt berfungsi?
1. Enjin akan OFF bila kelajuan berkurang sehingga 15km/jam. Semua operasi sistem elektrik 12 volt akan terus beroperasi seperti biasa dengan kuasa dibekalkan daripada bateri hibrid 48 volt.
2. Dynamic Boost -sistem BSG akan membantu Proton X90 memecut dari keadaan statik atau ketika pecutan dilakukan.
Kuasa extra ini supplied dari bateri ion lithium 48 volt menerusi BSG, menghasilkan pecutan pantas dan mengurangkan beban pada enjin sekaligus mengurangkan penggunaan petrol
3. Engine Off Sailing – engine OFF bila X90 dipandu dalam keadaan halaju malar dan tiada pecutan dilakukan.
4. Brek regeneratif – bila driver menekan brek, tenaga kinetik kenderaan akan ditukar menjadi tenaga elektrik melalui proses brek regenratif. Kuasa elektrik yang terhasil akan disimpan dalam bateri ion lithium 48 volt
Kelebihan sistem ni, kuasa sistem 10% lebih tinggi kalau compare enjin turbo biasa, petrol jimat 15%, dan proses start stop lagi smooth sebab BSG ni besar. Semoga bermanfaat.
Terdapat 4 varian Proton X90 baru untuk anda miliki tahun 2023 iaitu X90 Standard 1.5 Tgdi, X90 Executive 1.5 Tgdi, X90 Premium 1.5 Tgdi dan X90 Flagship 1.5 Tgdi.
Harga X90 bermula dari anggaran RM127,152.34 sehingga RM156,871.66. Manakala ansuran bulanan pula dari serendah RM1,298 sehingga RM1,601.
Berikut adalah harga proton X90 terkini termasuk insuran dan roadtax untuk semenanjung Malaysia. Kiraan ansuran bulanan X90 di bawah adalah berdasarkan Interest Rate 2.5%.
5/5 - (32 votes)